Friday, October 21, 2011

mari jayakan kempen quran di tangan

salam allah buat kalian =)


selama ni saya selalu teringatkan 'kempen buku di tangan' yang diadakan di sekolah saya dulu, ianya untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. masa tu semua orang kena pegang buku di tangan, kalau tak kena ambik nama hihi.


agak la, tak semestinya orang tu baca walaupun dia pegang. tapi saya rasa ok jugak kempen tu sebab kalau dia bosan2, dia belek2 juga muka surat tu akhirnya terbaca jugak walau satu dua mukasurat.


jadi saya berfikir adalah comelnya kalau kita buat juga kempen al quran di tangan. latih diri bawa quran ke mana-mana. walaupun tak semestinya baca, tapi manalah tahu kalau duduk saja-saja tu tggu bas ke, dalam train ke, dah quran dalam tangan, apa kata selak dan baca2 ye tak?


malah, jika kita tidak merapatkan diri dengan alquran, apa yang mendampingi kita adalah syaitannirrajim. in ibukanlah teori atau mitos, tetapi di katakan sendiri oleh Allah dalam firman nya "barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (alquran), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya" azzukhruf:36


jadi tak mahu cakap panjang, say amengalu-alukan kalian untuk menyertai page 'kempen quran di tangan - galakkan budaya membaca alquran" di facebook. insyaallah kita dapat  berkongsi ayat-ayat kegemaran dan mentadabbur bersama-sama sambil bertukar pendapat dan mendapat pandangan pakar-pakar yang turut diundang di page itu insyaallah."




semoga fenomena ini akan menghiasi pandangan kita nanti :)

mari mari. sama-sama kita berkawan baik dengan alquran! =)
like page ini untuk sertai. mudah-mudahan Allah meredhai usaha kita ini..

kalau dulu, kempen mari membaca kita boleh jayakan di serata negeri, siap ada lagu tema nyanyian artis2 lagi, kenapa kali ini kita tak boleh jayakan :)



-huda
'asallahu ayyan fa'una biha

Thursday, October 13, 2011

Thursday, September 29, 2011


“dia tu tembam, tapi bila tengok tengok, comel jugak sebenarnya. specially bila dia senyum.”
“dia tu gelap sikit..tapi ada jugak manis nya. suka tengok hidung dia.”
“nampak macam garang..tapi sweet bila gelabah-gelabah macam tadi.”

hehe. petikan lanjut di pena abid: gadh-dhul bashar
-huda
asallahu ayyanfa'una biha

Tuesday, September 27, 2011

tok.


masih ingat lagi, suatu petang di beranda rumah opah. sekitar mei 2009.

"entah la..tak tahu nak pilih yang mana. dalam negara ke, luar negara. kalau dalam negara jadi cikgu bahasa inggeris tok. kalau luar negara tu, undang-undang..oci boleh jadi peguam.." saya jawab selamba.

Tok Abah betul-betulkan kain tuala yang dia sangkut di  bahu. ingat lagi, masa tu Tok Abah pakai kain pelikat warna hitam-kelabu-putih kotak-kotak. sebelah Tok Abah, Opah duduk.

Mama dengan papa pun ada. papa duduk atas buaian, mama berdiri dekat pasu bunga kertas.

"hak keluar tu, ke mana?" opah tanya sambil tersengih. belum sempat saya jawab, dia dah sambung,

"tak teringat ke rumah ke nanti..jauh-jauh sangat.."

"haish..pergi la yang luar negara..tak apa jauh pun, kita belajar.." Tok Abah sambung. caya lah Tok Abah! memang itu yang saya tunggu pun. habis mama dengan opah dua-dua tak sokong saya nak sambung oversea.

"susah jugak abah..nak buat persediaan dia kena masuk kolej cina kat kL tu, kita mana ada duit. kalau yang satu lagi tu, uitm kat kuantan ni je..belakang tu je. senang nak pergi balik." tiba-tiba papa masuk frame. adui. mati mood den.

orang dah belajar betul-betul kasi dapat straight A, sebab nak dapat tawaran macam ni la. dah dapat, tak bagi pulak. ei kalau pergi oversea mesti seronok gila..masuk kolej persediaan dekat kL tu pun cool. duduk  kuantan ni, haih..dari lahir duk tengok kuantan je, bila lah nak berkembang..

"ala kan Oci dapat biasiswa pa.." saya jawab. sikit protes.

"yela..biasiswa lepas tu. mula-mula nak masuk  ni, banyak nak pakai duit.." papa jawab. sedikit memujuk. nampak raut simpati dia. bukan dia tak bagi, dia tak mampu.

"ala buat Tesle je la. kan mu yang nak sangat jadi cikgu bahasa inggeris dulu.." adui mama pulak tambah point. memang kalah la macam ni.

"yela sebab masa tu Oci tak sangka nak dapat straight A. and i thought Tesle is the best course that an art student like me can go to after spm. rupa-rupanya ada Law..oversea pulak. of course i want to, ma.." saya pertahankan lagi. mestila. siapa tak nak sambung oversea..

suasana senyap sekejap. Tok Abah dengar je perbualan yang lain. bila lah dia nak support lagi ni..

"haish..pergi lah. pakai duit tok tu." tiba-tiba Tok Abah bersuara.

bling bling! tiba-tiba berbunga harapan! mekar pulak tu. wahh tak disangka-sangka ni. jarang dapat offer macam ni, biasanya Tok Abah ni saving benar duit-duit ni.

semua orang terdiam. tak sangka dengan apa yang  baru didengar. semua orang tahu Tok Abah sangat kuat 'berjimat'.

"eii jangan la abah..mana ada duit kami nak membayar balik duit abah nanti." tiba-tiba mama potong line. adui.

"aih..abah memang simpan duit selama ni untuk anak cucu nak belajar. abah tahu je kamu orang rasa abah kedekut. abah kedekut sebab fikir masa-masa macam ni lah, anak cucu nak belajar tinggi. jangan disekat dia. pergilah oci..nanti dah kerja, ingat lah kat tuk ni. belajar rajin-rajin jadi orang berguna.." panjang  lebar Tok abah explain.

semua orang terdiam. dalam hati, saya rasa yes yes!! kL im coming..australia, you wait for a while. yeehuu!!

***********************************************

satu malam di Subang Jaya, sekitar jun 2010, 11 malam.

ring ring hp bunyi-bunyi. oh, mama. "helo.."

"hm mu tengah buat apa?" tanya mama bersahaja.

"dalam kereta..keluar jalan tadi, nak balik dah. kenapa?" 

"dah tak ada dah..atuk kite..dah tak ada dah. dah selamat pergi siang tadi.." jawab mama, nada sedih tapi lega. lega sebab tok abah dah terlantar sakit lama sangat. koma. bernadikan mesin tut,tut,tut.

saya terdiam.

dengan upaya cuba cover suara.

"innalillah..yeke..dah tu, kebumi bila? oci ada kelas esok..tapi boleh je nak balik.."

"kebumi esok la..tu orang tengah nak bawak balik dari hospital. ada belaka la ni, kak ros, kak cah. tak payah balik la..tak ada apa pun. pergi je la kelas esok.." jawab mama lagi.

"hmm tak apa lah nanti oci confirmkan. nak gerak pon, dah malam ni. tapi sempat je..tengok la. sebab kelas esok tak ada apa penting pun.."

tak lama kemudian selepas sedikit perbualan, talian diputuskan.

malam itu, jam 1 pagi saya tekad naik bas pulang ke kuantan. teringat-ingat kata-kata tok abah masa saya mula-mula nak ke oversea dulu.

"berapa tahun kat sana?" tanya tok abah.

"empat tok..setahun setengah kat kL.."

"kalau mu kat sana tuk mati, tak dapat balik la kan.." zapp. tersentap saya dekat situ. adeke cakap macam tu. eish.

"kalau tuk mati..kalau oci yang mati kat sana? hihi.." jawab saya sengih-sengih. sembunyikan sebak melihat atuk yang uzur benar tu.

"ala tok abah..makan  la ubat. sekejap je 4 tahun ni. insyaallah sempatnya oci balik kerja, bagi duit kat tok abah.."

tok abah batuk-batuk. dengan kudrat yang sikit tu, dia mengensot di atas katil dia menarik-narik sejadah diletakkan di bawah punggung.

"bak mari kopiah atuk tu.." kata nya. saya bangun mencapai kopiah putih lusuh yang ditunjuk. kemudian saya capai rantai tasbih tua, dan kain serban yang terbuka tu. kemudian saya pakaikan pada tok abah. lepastu saya biarkan dia solat.

"mu tak semayang oci?" tanya tok abah seusai sembahyang nya.

"kejap lagi tok.."

"pergi mana-mana nanti, semayang jangan tinggal. nanti doakan tuk dalam kubur. quran baca." tok abah cakap perlahan diselangi batuk-batuk. kemudian dia bertasbih sendiri. saya tengok je..

****************************************************************
tok..
oci dah dekat australia. dah habis pun persediaan dekat subang. tok, dah setahun lebih dah tuk takde. sekali je oci jenguk kubur atuk kat bukit goh tu. lepastu oci dah sibuk nak fly.

tok, dulu kita tak rapat. sebab oci takut dengan tok masa kecik2 dulu..sebab suara tuk macam guruh.
tapi bila dah besar, oci dah tak takut.

tok, oci ingat lagi masa tu oci balik cuti, sebelum balik subang, kali pertama sejak meningkat remaja tu, oci cium pipi tok. sejuk je pipi tok. wangi, opah sapu bedak carrie junior. tapi tok tak respon pun sebab tok tak sihat sangat. lepastu oci lari keluar sebab malu. padahal lepas tu, oci teringat-ingat je. and tu lah kali terakhir oci berbual dengan tok.

tok, oci tengok tok tak pernah tinggal sembahyang. walaupun tok garang and tak ramah dengan cucu-cucu, tapi tok selalu suruh cucu-cucu sembahyang. oci harap amal tok diterima oleh Allah..

tok, terima kasih sebab bantu oci sambung belajar.
dekat kL, oci jumpa hidup baru. tak siapa sangka dekat celah-celah kolej cina kat tengah bandar macam tu, oci kenal tarbiyyah. tok mungkin tak sempat tengok gambar-gambar yang oci upload dekat australia ni, gambar oci sekarang. tapi oci harap tok dapat dengar suara oci mengaji untuk tok ni. oci dah pandai baca quran..dulu kan tok nak ajar, tapi tak sempat sebab tok sakit.

tok..oci harap tok kat sana bahagia. oci harap tok tengah tenang dalam kalangan orang-orang yang beriman. nanti oci balik, oci datang lawat kubur tok ea, insyaallah.

tok, oci rindu tok sangat.  masa tok  meninggal, oci tak nangis. tapi malam ni oci nangis.

tok, nanti kita jumpa ea. oci tengah berjuang sambil menunggu mati. kadang-kadang oci tak kuat. tapi oci harap dapat jumpa tok kat syurga.

tok..oci sayang tok.

nak cium tok lagi. :(

tok, oci dah besar. dah tak merepek2 macam dulu. tok dapat nampak oci tak?

tok..6 bulan lepas tok pergi, kak cah pun pergi. tok mesti dah jumpa kak cah kan.
oci harap tok dengan kak cah dua-dua tengah bahagia dekat sana.

tok..mama, opah, kakros, maklong, cuan, diorang kata tok datang dalam mimpi jumpa diorang. tok bila nak jumpa oci. :(

tok..bila tengok hassan al banna, oci teringat tok. sebab muka sama, hihi. sejak mengerti dakwah, oci banyak dengar pasal hassan al banna. setiap kali tgk dia, teringat dekat tok.

tok..banyak nye nak cakap kat tok..
huhu.

nanti kita jumpa ea, tak lama lagi dah. :)

sebagai cucu kedua sulung, oci akan tengok-tengok kan budak2 yang lain tu. dont worry tok, kerja dakwah yang oci buat ni, oci akan pastikan sampai ke gegendang telinga family kita jugak. nanti balik cuti kat rumah opah, oci akan jadi warden dekat budak-budak tu. hihi

hmm tok..i miss you. u remember all the english words you taught me? u remember u told me that u loved speaking in english like how u did back then when u were young and living among the english men? well i guess ur blood is running inside me. and i can see it on some of the cousins too.

ok oci tak tahu apa oci dah dragged panjang lebar ni. cuma nak cakap, tok, terima kasih sebab tolong oci masuk taylors, kat situ oci kenal tarbiyyah, yang ubah langkah kaki oci ke jalan ni. and oci rindu kat tok.

papai.

Sunday, September 25, 2011


Kenapa tidak dirangkul kemas hidayah yang memancar..yang berkali-kali dia minta..kenapa dia biarkan berlalu pergi meski dia sedar, berjuta kali ia datang menjengah..
Teringat bait suci,
            “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” al-jatsiyah ayat 23.
petikan penuh di pena abid
(^_^)v

-huda

Friday, September 23, 2011

terima kasih.
semoga berjumpa lagi jugak.

apa yang dilihat mungkin tak sehebat apa yang di belakangnya.
mungkin apa yang dihidang itu nampak hebat lantaran hebatnya mata yang melihat.
the glass that You put on makes things look excellent to your eyes.
you are always ahead of me. but hey, i will always keep chasing over you. :p

Allah tak pernah silap dalam mempertemukan manusia.

-your product.

pindah rumah

salam allah buat kalian =)

kalau ada yang selama ini terbaca blog ini, hehe di sini saya ingin memaklumkan bahawa blog ini akan berpindah ke ruangan yang baru..blog ini masih akan dikekalkan, cuma pengisiannya tidak serancak yang baru itu.

entry2 di sini juga sudah dipindahkan ke sana, jadi masih boleh cari di sana kalau ada yang berminat, namun tidaklah semua. entry main-main ditinggakan sahaja di sini. hehe

diharap blog baru lebih teratur, mudah dibaca dan lebih bermanfaat kepada yang membaca, terutama diri saya sendiri. jom lah singgah..kalau tulis sorang-sorang nanti salah silap tak ada orang tegur, mcm syok sendiri pulak.

sekian. semoga berjumpa lagi. meskipun blog baru itu masih dalam pembinaan, banyak function yang belum ada sebab belum pandai lagi nak tambah itu ini, jemputlah datang ye..rumah orang bujang baru pidah la katakan~

jeng jeng - http://eushahidaraffar.com/ - Pena Abid





-huda
'asallahu ayyanfa'una biha
sobb sobb sedih juge ye nk tinggal blog ni.