Friday, October 21, 2011

mari jayakan kempen quran di tangan

salam allah buat kalian =)


selama ni saya selalu teringatkan 'kempen buku di tangan' yang diadakan di sekolah saya dulu, ianya untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. masa tu semua orang kena pegang buku di tangan, kalau tak kena ambik nama hihi.


agak la, tak semestinya orang tu baca walaupun dia pegang. tapi saya rasa ok jugak kempen tu sebab kalau dia bosan2, dia belek2 juga muka surat tu akhirnya terbaca jugak walau satu dua mukasurat.


jadi saya berfikir adalah comelnya kalau kita buat juga kempen al quran di tangan. latih diri bawa quran ke mana-mana. walaupun tak semestinya baca, tapi manalah tahu kalau duduk saja-saja tu tggu bas ke, dalam train ke, dah quran dalam tangan, apa kata selak dan baca2 ye tak?


malah, jika kita tidak merapatkan diri dengan alquran, apa yang mendampingi kita adalah syaitannirrajim. in ibukanlah teori atau mitos, tetapi di katakan sendiri oleh Allah dalam firman nya "barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (alquran), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya" azzukhruf:36


jadi tak mahu cakap panjang, say amengalu-alukan kalian untuk menyertai page 'kempen quran di tangan - galakkan budaya membaca alquran" di facebook. insyaallah kita dapat  berkongsi ayat-ayat kegemaran dan mentadabbur bersama-sama sambil bertukar pendapat dan mendapat pandangan pakar-pakar yang turut diundang di page itu insyaallah."




semoga fenomena ini akan menghiasi pandangan kita nanti :)

mari mari. sama-sama kita berkawan baik dengan alquran! =)
like page ini untuk sertai. mudah-mudahan Allah meredhai usaha kita ini..

kalau dulu, kempen mari membaca kita boleh jayakan di serata negeri, siap ada lagu tema nyanyian artis2 lagi, kenapa kali ini kita tak boleh jayakan :)



-huda
'asallahu ayyan fa'una biha

1 comment:

  1. orang arab suka baca quran kat dalm metro , tambah2 lagi bulan ramdhan

    ReplyDelete